Monday 16 February 2015

Ahli Kumpulan Kami.


1.Ledianah Binti Awang ALI@Pandikar             07DPM14F2105
2.Norasrah Binti Bait                                        07DPM14F2122
3.Nor Aidah Binti Waili                                    07DPM14F2115
4.Siti Norliza Abd Ghani                                  07DPM14F2111
                        

PENDAHULUAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Haider yang banyak membimbing kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini samada dari segi penyampaian, penulisan dan hiasan blog.Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang berkerjasama dan bertoleransi dalam menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditentukan.Di harap tugasan yang kami siapkan ini dapat memenuhi kriteria pemarkahan yang ditetapkan.

Objektif

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,

 Tujuan kami memcipta blog ini bagi melaksanakan tugasan khusus untuk matapelajaran Pengajian Malaysia  yang telah diberikan kepada kami selaku pelajar Politeknik Kota Kinabalu ambilan sesi disember 2014. Tajuk tugasan yang telah kami pilih ialah Tokoh-Tokoh Pejuang Sabah.


Sunday 4 January 2015

DATUK MAT SALLEH

                       
DISEDIAKAN OLEH: SITI NORLIZA ABD GHANI
                                  07DPM14F2111
                        

                                       DATUK MAT SALLEH






                                    ASSALAMUALAIKUM
                                  Telefon tiada punya pulsa,
                                  Lebih baik dijual sahaja,
                                 Mari tuan saya sampaikan,
                                 Ilmu sejarah zaman berzaman

       Tokoh yang bakal saya ceritakan sebentar lagi merupakan tokoh yang amat dikagumi oleh masyarakat pada hari ini. Ini kerana , Tokoh ini merupakan salah satu tokoh pejuang sabah yang berani untuk mempertahan kan maruah tanah air yang hendak dirampas oleh Masyarakat asing.Dengan berbesar hati, ingin sekali saya menceritakan tokoh yang saya maksudkan itu.

Biodata Tokoh

Nama sebenar :Datu Mat Salleh
Nama Dikenali:MatSalleh
Bangsa :Suku suluk Paitan
Bilangan adik beradik:4
Anak ke:2
Nama Isteri: Dayang Bandang

PERJUANGAN<3

Datu MatSalleh bertanggungjawab untuk untuk mengambil tugas ayahnya, iaitu Datu Balu untuk menjadi ketua kampong di daerah lingkabo dan sungai sugut. Perbelanjaan pentadbiran datu mat salleh adalah daripada hasil dari pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut pada tahun 1894.
Perbuatan matsalleh itu membuatkan menyebabkan inggeris tidak senang dengan dengan tindakan nya.lalu pihak inggeris mengambil tindakan dengan menyerang matsalleh di jombongan serta memusnahkan kubu matsalleh di sungai sugut pada tahun 1896 sehingga 1897.
Datu MatSalleh bernasib naik dapat melepaskan diri. Detik perjuangan itu Datu MatSalleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan julai 1897. Mat salleh dan pengikut pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama MatsSalleh menyerang dan mrmbakar pejabat residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di ambil pada bulan disember 1897, inggeris menyerang kubu MatSalleh di Ranau.mereka tewas dan banyak askar inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.pada bulan januari 1898, inggeris sekali  menyerang kubu MatSalleh di Ranau dengan angkatan yang besar.
                                                                             
MatSalleh sekali lagi berjaya mengundurkan diri dan membina kubu pertahanan yang baru dan lebih kuat di kampong Tibabar Tambunan.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan yang lain-lain di luar kota.jalan rahsia ini juga digunakan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

KEJATUHAN MATSALLEH

Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan Berjaya mematahkan pertahanan Matsalleh. Semenjak itu,kejadian tersebut menandakan bahawa gugurnya tokoh yang kita kagumi sebagai pejuang bangsa..

Lebih menyedihkan lagi, sebuah tugu telah dibina bagi memperingati kota matsalleh tersebut.tugu itu menandakan tapak kubu matsalleh yang telah ditawan oleh pasukan brsenjata north borneo constabulary pada 1 febuari 1900. Dalam masa pertempuran itu matsalleh telah mengetuai pemberontakan selama 6 tahun menentang pentadbiran chartered company dan menemui ajal nya pada 31 january1900.

Saturday 3 January 2015

DATUK MAHARAJALELA MUSA UNGGU.




Disediakan oleh;
Nor Aidah Binti Waili
07DPM14F2115


DATUK MAHARAJALELA MUSA UNGGU




LATAR BELAKANG PAK MUSA

Ø Pahlawan  Sabah  gunakan  perniagaan  satukan masyarakat  lawan  Jepun.  DATUK Maharajalela  Musa  Unggu  atau  lebih  dikenali  Pak Musa  diiktiraf  seorang  daripada pejuang  kemerdekaan  Sabah.Pak Musa atau nama asalnya  Andui Unggu  sebelum memeluk Islam lahir pada tahun 1967 di Kampung Kunsilad,Pitas.  Adui Unggu dibunuh secara kejam askar Jepun pada abad ke-20 kerana ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP PAK MUSA

v Pak Musa memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beufort.

v Memasarkan pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura menyebabkan Jepun menggangapnya satu ancaman kepada mereka.

v Menyatukan masyarkat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan.

v Beliau dan pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis,Paitan untuk membela nasub dan keadilan masyarakat yang tertindas.

v Tidak mudah ditewaskan kerana mempunyai ilmu kebal.

v Masyarakat tempatan di Membakut dapat menerima beliau menjadi pemimpin mereka terutamanya dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan.

v . Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (kini Sabah). Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya


SEJARAH PEMBUNUHAN


ü Cucu saudaranya berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas di Utara Sabah pada 1867, tetapi menjadikan Paitan, Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun. Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908. 

ü Akibat daripada penyerangan beliau bersama pengikutnyamenentang British,menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang Daerah ke Membakut pada 1931 iaiatu selepas beliau menerima tawaran berdamai dan hukuman bunuh diganti kepada hukuman buang Daerah.

ü .Jepun yang menyedari, sukar untuk mengalahkan Pak Musa, menukar strategi dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya. Ini menyebabkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.Jepun menyedari Pak Musa mempunyai ilmu kebal dan berusaha untuk melemahkan pahlawan Sabah itu. 

ü  Akhirnya askar Nippon menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa akan terhakis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Subohria yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata, Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang yang sekali gus peluang itu digunakan oleh askar Nippon untuk memancung kepalanya.

ü  Pak Musa adalah seorang pahlawan yang bukan saja sanggup menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan, tetapi berjuang memajukan ekonomi etnik pribumi yang hidup dalam kemiskinan.






FAKTA: Datuk Maharajalela  Musa Unggu

1.     Pak Musa menerima gelaran Datuk Maharajalela daripada Pangeran Siti Fatimah    iaitu kerabat Sultan Brunei yang ketika itu pemerintah wilayah Karambunai di Pantai Barat Sabah.

2.     Penganugerahan gelaran Datuk Maharajalela adalah penghargaan terhadap perjuangan Pak Musa membela rakyat Borneo Utara (kini Sabah).

3.     Isterinya dikenali sebagai Babu Sairah.

4.     Mengikut Ketua Kampung Bambangan, Membakut, Jabah Amat, 41, antara rakan seperjuangan Pak Musa adalah pejuang berbangsa Bisaya dikenali Marupah, Mat Saman (Brunei) serta Undan dan Mandat (Kadazandusun).

5.     Pak Musa diIslamkan oleh Imam Kampung Brunei, Membakut dikenali Imam Untung.

6.     Pak Musa dikatakan dikebumikan di satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

7.     Nama Pak Musa tiada dalam senarai 324 rakyat Sabah yang dihukum bunuh secara kejam di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 yang kini diabadikan menerusi Taman Peringatan Petagas.

Nama Pak Musa diabadikan menerusi Dewan Masyarakat Pak Musa di Pekan  Beufort.



Friday 2 January 2015

TUN DATU HAJI MUSTAPHA DATU HARUN

Disediakan oleh;
Ledianah Binti Awang ALI@Pandikar
07DPM14F2105


TUN DATU HAJI MUSTAPHA DATU HARUN




Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun


LATAR BELAKANG

  • Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan , Kudat, Sabah.
  • Beliau jga anak ke-4 daripada sembilan orang adik-beradik kepada pasangan Datu Harun Bin Datu Nasaruddin dan Noraini Haji Abdul Rahim.
  • Beliau memulakan pendidikan formal di sekolah st. James Kudat dan hanya  brtahan selama sembila tahun kerana ibunya telah meninggal dunia dan bapanya pula berpindah ke tempat lain.

PENGALAMAN BEKERJA
  • Seawal 10 tahun  lagi , Tun Datu Mustapha bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W.MORREL.
  • Pengalaman Tun Mustapha dalam pentadbiran awam bermula sebagai Office Orderly di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1934 dan selepas itu beliau dinaikkan pangkat sebagai Native Clerk di Pejabat Anak Negeri Kudat.
  • Pada tahun 1 Februari 1937, Tun Datu Mustapha dilantik sebagi Ketua Anak Negeri(Native Chief).
  • Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun juga amat berminat dalam bidang pertanian dan ini mendorong beliau untuk mengikuti Kursu Pertanian anjuran RISDA(Rural Industry Development Authority) dari tahun 1951-1952 di Maktab Pertanian Malaya, Serdang Selangor.
KARIER BELIAU DALAM POLITIK
  • Karier politik beliau bermula apabila beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri Borneo Utara pada tahun 1954 dan seterusnya Ahli Majlis Kerja Borneo Utara pada tahun 1956.
  • Pada tahun 1961, Tun Datu Haji Mustapha telah mengasaskan Penubuhan Parti United Sabah National(USNO), dan beliau telah dipilih sebagai Yang di-Pertua USNO pada 24 Disember 1961.
  • Penubuhan USNO ini di dorong oleh perkembangan politik yang berlaku di Perseketuan Malaysia dan berjaya disytiharkan pada 16 September 1963.
  • Selepas itu, Tun Datu Haji Mustapha telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama.
  • Pada tshun 1965, Tun Datu Haji Mustapha telah mengambil keputusan umtuk tidak meneruskan khidmatnya sebagai Yang di-Pertua Negeri bagi membolehkan beliau kembali kembali ke gelanggang politik serta memimpin USNO.
  • Tun Datu Haji Mustapa  juga aktif dalam pertubuhan kebajikan dan sukarela. antara kegiatan uang disertai oleh beliau adalah sebagai Presiden Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA), PERKIM(tahun 1977/1979) dan ketua Persatuan Pengakap Sabah.
  • Pada November 1973-Februari 1990, Tun Mustapha di lantik sebagai Pro-Canselor di Universiti Pertanian Malaysia.
PENGANUGERAHAN BELIAU
  • Penganugerahan beliau dalam sepanjang hayatnya, beliau dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan juga darjah kebesaran.
  • Pada tahun 1972, beliau dianugerahkan sebagai"Knight Commander of Republic of Lebanon (K.C.R.L) oleh Presiden Lebanon.
  • Seri Paduka Chura si-Maharaja (S.P.C.M) dan gelaran "Dato Seri" daripada Sultan Perak.
  • Gelaran "Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) dengan gelaran "Datuk Seri Panglima" dan "Seri Maharaja Mangku Negara(S..M.N) , anugerah paling tertinggi di Malaysia ialah dengan gelaran"TUN" pada 26 November 1964.
  • Beliau juga telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam pembangunan sosial pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah pada 2-3 september 2006.








Thursday 1 January 2015

HUGUAN SIOU SABAH (TUN DATUK HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS)



Disediakan oleh:Norasrah Binti Bait
No Pendaftaran:07DPM14F2122


   KENALI HUGUAN SIOU SABAH
 


BIODATA TUN DATUK HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS

                                                                MAKLUMAT DIRI
NAMA SEBENAR           
Donald Aloysius Marmaduke Stephens.
NAMA SELEPAS MEMELUK ISLAM
TUN DATUK HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS
TARIKH LAHIR :14 September 1920
TEMPAT LAHIR :Kudat
JANTINA : Lelaki
MAKLUMAT IBU BAPA
NAMA BAPA
Jules Stephen Pavitt
PEKERJAAN : Ahli Kinabalu Guerilla
BANGSA : Australia
TARIKH WAFAT:21 Januari 1944
NAMA IBU
Edith Cope
PEKERJAAN : Tidak Di Nyatakan.
BANGSA : Kadazan
TARIKH WAFAT:Tidak DiKetahui
MAKLUMAT PENDIDIKAN

    PENDIDIKAN AWAL
1)Sekolah St James ,Kudat.
2)Sekolah St Mary ,Sandakan.
3)Sekolah Sacred Heart,jesselton.
4)Sekolah Vernakular ,Keningau
    KEMAHIRAN BAHASA
Bahasa Inggeris,Melayu,Kartonis,Hakka,Kadazan,Bajau dan Boleh Memahami Percakapan Bahasa Tempatan.
    BIASISWA
Pemenang Biasiswa Chee Swee Ching.
MAKLUMAT PERKHAWINAN
NAMA ISTERI PERTAMA
Ida
TAHUN BERKAHWIN : 1950
BILANGAN ANAK : 1
TARIKH WAFAT : April 1957
NAMA ANAK
Johari John Benedict (1952)
               

NAMA ISTERI KEDUA:
Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter)
TAHUN BERKAHWIN : 8 Febuari 1958
BILANGAN ANAK : 4

        NAMA ANAK
1) Affandy Richard Bernard (1958)
2)Asgari James Denis (1960)
3) Faridah Jean Heather (1962)
4) Fauziah (Aimah Eluk) (1964)





Hala Tuju
  •          Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah,Tun Fuad memberi penekanan kepada pembangunan negeri dengan tumpuan kepada menaiktaraf ekonomi penduduk luar bandar.

  •         Keharmonian rakyat perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri berterusan kerana perpecahan hanya akan melembapkan pembangunan infrastruktur negeri.




KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
  •           Tun Haji Mohd.Fuad Stephens mula bekerja sebagai guru pelatih.Tidak Lama kemudian beliau berhenti dari menjadi guru kerana ingin memasuki Rancangan Latihan Udara Commonwealth di Singapura dalam tahun 1941, tapi beliau gagal dalam pengambilan tersebut.Beliau kemudiannya bekerja di Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell di Singapura. Selain Itu Beliau juga pernah bekerja di sebuah Restoren Jepun .Beliau Juga pernah menyertai Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan pernah dipanggil berkhidmat semasa jepun menyerang Singapura. Akibatnya Beliau Menjadi orang tawanan Jepun dan di hantar pulang ke Sabah pada Tahun 1942.
  •         Setelah  Sabah bebas daripada Jepun di awal tahun 1945 , Tun Haji Mohd.Fuad Stephens menjadi kontraktor pembekal kayu balak kepada kepada Jabatan Kerja Raya. Pada Tahun 1949, beliau menyertai North Borneo News sebagai penyampai berita pantai barat.Kemudian Beliau membuka syarikat beliau sendiri iaitu The Sabah Times dalam tahun 1953.
  •          Tidak lama kemudian syarikat akhbar tersebut bergabung menjadi North Borneo News and Sabah Times. Pada Tahun 1955, syarikat akhbar tersebut menjadi milik beliau sendiri dengan membeli saham syarikat tersebut.
  •           Pada tahun 1954,beliau ke England sebagai tetamu British Counsil dan pada 8 Januari 1955,Beliau menyertai Majlis Perundangan sebagai Ahli yang di lantik. Tun Haji Mohd.Fuad Stephens aktif dalam dalam beberapa Jawatankuasa Tetap Kewangan ,Lembaga Pendidikan (Pengerusi Jawatankuasa Am) dan Jawatankuasa Anak Negeri.
  •           Beliau juga aktif dalam persatuan seperti Persatuan Rekreasi Jesselton pada tahun 1954 hingga 1959 sebelum menjadi Presiden Kelab tersebut. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa dan Presiden Persatuan Pencegah TB Borneo Utara ,Kelab Sukan Jesselton ,Persatuan Bola Sepak Amatur Borneo Utara,Persatuan Badminton Jesselton,Sukan Borneo Utara dan menjadi pengerusi Persatuan Kadazan United National Kadazan Organization(UNKO) pada tahun 1961.Beliau juga pernah menjadi Presiden Pertama United Pasok-Momogun Kadazan Organization( UPKO), apabila UNKO dan Pasok- Momogun bergabung pada Mei 1964.
  •           Selain Pengerusi Jawatankuasa kesepakatan Malaysia , Tun Haji Mohd.Fuad Stephens juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia dan merupakan salah seorang Penandatangani Perjanjian Malaysia di London pada 8 hingga 9 Julai 1963 . Beliau juga telah di lantik menganggotai Lembaga Bandaran Jesselton pada November 1962, Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1963 dan ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Borneo Utara dari Tahun 1959.
  •          Tun Haji Mohd.Fuad Stephens juga pernah mengetahui delegasi Borneo Utara ke Persidangan Perancangan Colombo di Jogjakarta ,Indonesia pada Oktober 1959, Tahun  1960 ke Tokyo dan Tahu 1961 di Kuala Lumpur.Beliau juga di lantik mengetaui delegasi Borneo Utara ke Persidangan Persatuan Parlimen-Parlimen Komanwel di London pada Tahun 1961.
  •           Tun Haji Mohd.Fuad Stephens memainkan peranan utama dalam pembentukkan parti perikatan Sabah dalam tahun 1962 dan menjadi pengerusi jawatankuasa Eksekutif parti berkenaan.Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama pada 31 Ogos 1963 .Tetapi pada tahun 1964 ,beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana menyertai kabinet Persekutuan dan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah Dan Pertahanan Awam sehingga Tahun 1966.Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Australia dan Fiji pada tahun 1968.
  •          Pada 16 September 1973,beliau di lantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah menggantikkan Tuan Yang Terutama Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae yang bersara pada 15 September 1973.
  •           Apabila Parti Bersatu Rakyat Jelata (BERJAYA) di bentuk pada tahun 1975 ,beliau telah dilantik menjadi Pengerusi  Parti tersebut. Apabila beliau meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua  Negeri Sabah,beliau telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 15 April 1976 dan Berjaya mengalahkan calon USNO. Untuk kali kedua beliau telah dilantik sebagai ketua Menteri Sabah yang Kelima 15 April 1976.

 TRAGEDI "DOUBLE SIX"


Peristiwa hitam telah berlaku pada 6 Jun 1976, apabila kapal terbang Nomad  buatan Australia yang beliau naiki bersama menteri yang lain telah terlibat dalam satu kemalangan iaitu jatuh terhempas di pantai sembulan baru .Beliau hanya sempat menjadi Ketua Menteri Sabah yang Kelima selama 51 hari Sahaja. Beliau telah dikebumikan dengan penuh penghormatan negara di makan Masjid Negeri Kota Kinabalu pada 7 Jun 1976.


Berikut Adalah Keratan Akhbar yang memaparkan keadaan kapal terbang Nomad  tersebut selepas di temui:






                                     
 
 Antara Yang Terkorban Dalam Tragedi Nahas itu,


1)Tun Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)

2)Datuk Peter Mojuntin(Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)

3)Datuk Chong Tahin Vun(Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya)

4)Datu Salleh Sulong(Menteri Kewangan Negeri)

5)Darius Binion( Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri)

6)Wahid Andu(Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)

7)Syed Hussien Wafa(Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)

8)Ishak Atan(Setiausaha Sulit Kepada Tengku Razaleigh Hamzah)

9)Kopral Mohd Said (Pengawal Peribadi Kepada Tun Fuad)

10)Gandhi J Nathan (Juruterbang)

11)Johari(Anak Kepada Tun Fuad Stephens)



Anugerah Yang Diraih Sepanjang Waktu Perkhidmatan Beliau.

  •           Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan beliau, Tun Haji Mohd.Fuad Stephens telah di anugerahkan pingat oleh kerajaan negeri Sabah iaitu  Seri Panglima Darjah Kinabalu(S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah bersempena dengan pembentukkan Malaysia pada tahun 1963 . Di samping itu,beliau juga di anugerahkan oleh negeri lain seperti negeri Sarawak iaitu anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) pada tahun 1964.
  •           Pada tahun 1967,beliau di anugerahkan Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran TAN SRI dan Seri Indera Makhota Pahang(S.I.M.P) daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 20 September 1969.Beliau juga di anugerahakan Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J) daripada Sultan Johor, Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P) pada 15 September 1971 dan Paduka Cura SiManja Kini (S.P.C.M) yang bergelar Dato dari Negeri Perak Darul Ridzuan.
  •           Beliau juga telah menerima Anugerah tertinggi negara iaitu Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran TUN dari Yang Di -Pertuan Agong pada 1971.
  •          Anugerah dari luar negara pula ialah RepublikLebanon yang membawa gelaran Knight Comander Of The Republic Of  Lebanon (K.C.R.L) atas sumbangan beliau terhadap perpaduan islam. Kerajaan British pula menganugerahkan beliau Oder Of British Empire (O.B.E)
  •         Sumbangan beliau dalam dunia kewartawanan juga dihayati melalui anugerah The Malaysian Press Institute :Tokoh Wartawan Negara yang di sampaikan secara posthumous ketika itu oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada Tahun 1998.