Thursday 1 January 2015

HUGUAN SIOU SABAH (TUN DATUK HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS)



Disediakan oleh:Norasrah Binti Bait
No Pendaftaran:07DPM14F2122


   KENALI HUGUAN SIOU SABAH
 


BIODATA TUN DATUK HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS

                                                                MAKLUMAT DIRI
NAMA SEBENAR           
Donald Aloysius Marmaduke Stephens.
NAMA SELEPAS MEMELUK ISLAM
TUN DATUK HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS
TARIKH LAHIR :14 September 1920
TEMPAT LAHIR :Kudat
JANTINA : Lelaki
MAKLUMAT IBU BAPA
NAMA BAPA
Jules Stephen Pavitt
PEKERJAAN : Ahli Kinabalu Guerilla
BANGSA : Australia
TARIKH WAFAT:21 Januari 1944
NAMA IBU
Edith Cope
PEKERJAAN : Tidak Di Nyatakan.
BANGSA : Kadazan
TARIKH WAFAT:Tidak DiKetahui
MAKLUMAT PENDIDIKAN

    PENDIDIKAN AWAL
1)Sekolah St James ,Kudat.
2)Sekolah St Mary ,Sandakan.
3)Sekolah Sacred Heart,jesselton.
4)Sekolah Vernakular ,Keningau
    KEMAHIRAN BAHASA
Bahasa Inggeris,Melayu,Kartonis,Hakka,Kadazan,Bajau dan Boleh Memahami Percakapan Bahasa Tempatan.
    BIASISWA
Pemenang Biasiswa Chee Swee Ching.
MAKLUMAT PERKHAWINAN
NAMA ISTERI PERTAMA
Ida
TAHUN BERKAHWIN : 1950
BILANGAN ANAK : 1
TARIKH WAFAT : April 1957
NAMA ANAK
Johari John Benedict (1952)
               

NAMA ISTERI KEDUA:
Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter)
TAHUN BERKAHWIN : 8 Febuari 1958
BILANGAN ANAK : 4

        NAMA ANAK
1) Affandy Richard Bernard (1958)
2)Asgari James Denis (1960)
3) Faridah Jean Heather (1962)
4) Fauziah (Aimah Eluk) (1964)





Hala Tuju
  •          Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah,Tun Fuad memberi penekanan kepada pembangunan negeri dengan tumpuan kepada menaiktaraf ekonomi penduduk luar bandar.

  •         Keharmonian rakyat perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri berterusan kerana perpecahan hanya akan melembapkan pembangunan infrastruktur negeri.




KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
  •           Tun Haji Mohd.Fuad Stephens mula bekerja sebagai guru pelatih.Tidak Lama kemudian beliau berhenti dari menjadi guru kerana ingin memasuki Rancangan Latihan Udara Commonwealth di Singapura dalam tahun 1941, tapi beliau gagal dalam pengambilan tersebut.Beliau kemudiannya bekerja di Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell di Singapura. Selain Itu Beliau juga pernah bekerja di sebuah Restoren Jepun .Beliau Juga pernah menyertai Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan pernah dipanggil berkhidmat semasa jepun menyerang Singapura. Akibatnya Beliau Menjadi orang tawanan Jepun dan di hantar pulang ke Sabah pada Tahun 1942.
  •         Setelah  Sabah bebas daripada Jepun di awal tahun 1945 , Tun Haji Mohd.Fuad Stephens menjadi kontraktor pembekal kayu balak kepada kepada Jabatan Kerja Raya. Pada Tahun 1949, beliau menyertai North Borneo News sebagai penyampai berita pantai barat.Kemudian Beliau membuka syarikat beliau sendiri iaitu The Sabah Times dalam tahun 1953.
  •          Tidak lama kemudian syarikat akhbar tersebut bergabung menjadi North Borneo News and Sabah Times. Pada Tahun 1955, syarikat akhbar tersebut menjadi milik beliau sendiri dengan membeli saham syarikat tersebut.
  •           Pada tahun 1954,beliau ke England sebagai tetamu British Counsil dan pada 8 Januari 1955,Beliau menyertai Majlis Perundangan sebagai Ahli yang di lantik. Tun Haji Mohd.Fuad Stephens aktif dalam dalam beberapa Jawatankuasa Tetap Kewangan ,Lembaga Pendidikan (Pengerusi Jawatankuasa Am) dan Jawatankuasa Anak Negeri.
  •           Beliau juga aktif dalam persatuan seperti Persatuan Rekreasi Jesselton pada tahun 1954 hingga 1959 sebelum menjadi Presiden Kelab tersebut. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa dan Presiden Persatuan Pencegah TB Borneo Utara ,Kelab Sukan Jesselton ,Persatuan Bola Sepak Amatur Borneo Utara,Persatuan Badminton Jesselton,Sukan Borneo Utara dan menjadi pengerusi Persatuan Kadazan United National Kadazan Organization(UNKO) pada tahun 1961.Beliau juga pernah menjadi Presiden Pertama United Pasok-Momogun Kadazan Organization( UPKO), apabila UNKO dan Pasok- Momogun bergabung pada Mei 1964.
  •           Selain Pengerusi Jawatankuasa kesepakatan Malaysia , Tun Haji Mohd.Fuad Stephens juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia dan merupakan salah seorang Penandatangani Perjanjian Malaysia di London pada 8 hingga 9 Julai 1963 . Beliau juga telah di lantik menganggotai Lembaga Bandaran Jesselton pada November 1962, Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1963 dan ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Borneo Utara dari Tahun 1959.
  •          Tun Haji Mohd.Fuad Stephens juga pernah mengetahui delegasi Borneo Utara ke Persidangan Perancangan Colombo di Jogjakarta ,Indonesia pada Oktober 1959, Tahun  1960 ke Tokyo dan Tahu 1961 di Kuala Lumpur.Beliau juga di lantik mengetaui delegasi Borneo Utara ke Persidangan Persatuan Parlimen-Parlimen Komanwel di London pada Tahun 1961.
  •           Tun Haji Mohd.Fuad Stephens memainkan peranan utama dalam pembentukkan parti perikatan Sabah dalam tahun 1962 dan menjadi pengerusi jawatankuasa Eksekutif parti berkenaan.Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama pada 31 Ogos 1963 .Tetapi pada tahun 1964 ,beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana menyertai kabinet Persekutuan dan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah Dan Pertahanan Awam sehingga Tahun 1966.Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Australia dan Fiji pada tahun 1968.
  •          Pada 16 September 1973,beliau di lantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah menggantikkan Tuan Yang Terutama Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae yang bersara pada 15 September 1973.
  •           Apabila Parti Bersatu Rakyat Jelata (BERJAYA) di bentuk pada tahun 1975 ,beliau telah dilantik menjadi Pengerusi  Parti tersebut. Apabila beliau meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua  Negeri Sabah,beliau telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 15 April 1976 dan Berjaya mengalahkan calon USNO. Untuk kali kedua beliau telah dilantik sebagai ketua Menteri Sabah yang Kelima 15 April 1976.

 TRAGEDI "DOUBLE SIX"


Peristiwa hitam telah berlaku pada 6 Jun 1976, apabila kapal terbang Nomad  buatan Australia yang beliau naiki bersama menteri yang lain telah terlibat dalam satu kemalangan iaitu jatuh terhempas di pantai sembulan baru .Beliau hanya sempat menjadi Ketua Menteri Sabah yang Kelima selama 51 hari Sahaja. Beliau telah dikebumikan dengan penuh penghormatan negara di makan Masjid Negeri Kota Kinabalu pada 7 Jun 1976.


Berikut Adalah Keratan Akhbar yang memaparkan keadaan kapal terbang Nomad  tersebut selepas di temui:






                                     
 
 Antara Yang Terkorban Dalam Tragedi Nahas itu,


1)Tun Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)

2)Datuk Peter Mojuntin(Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)

3)Datuk Chong Tahin Vun(Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya)

4)Datu Salleh Sulong(Menteri Kewangan Negeri)

5)Darius Binion( Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri)

6)Wahid Andu(Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)

7)Syed Hussien Wafa(Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)

8)Ishak Atan(Setiausaha Sulit Kepada Tengku Razaleigh Hamzah)

9)Kopral Mohd Said (Pengawal Peribadi Kepada Tun Fuad)

10)Gandhi J Nathan (Juruterbang)

11)Johari(Anak Kepada Tun Fuad Stephens)



Anugerah Yang Diraih Sepanjang Waktu Perkhidmatan Beliau.

  •           Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan beliau, Tun Haji Mohd.Fuad Stephens telah di anugerahkan pingat oleh kerajaan negeri Sabah iaitu  Seri Panglima Darjah Kinabalu(S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah bersempena dengan pembentukkan Malaysia pada tahun 1963 . Di samping itu,beliau juga di anugerahkan oleh negeri lain seperti negeri Sarawak iaitu anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) pada tahun 1964.
  •           Pada tahun 1967,beliau di anugerahkan Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran TAN SRI dan Seri Indera Makhota Pahang(S.I.M.P) daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 20 September 1969.Beliau juga di anugerahakan Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J) daripada Sultan Johor, Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P) pada 15 September 1971 dan Paduka Cura SiManja Kini (S.P.C.M) yang bergelar Dato dari Negeri Perak Darul Ridzuan.
  •           Beliau juga telah menerima Anugerah tertinggi negara iaitu Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran TUN dari Yang Di -Pertuan Agong pada 1971.
  •          Anugerah dari luar negara pula ialah RepublikLebanon yang membawa gelaran Knight Comander Of The Republic Of  Lebanon (K.C.R.L) atas sumbangan beliau terhadap perpaduan islam. Kerajaan British pula menganugerahkan beliau Oder Of British Empire (O.B.E)
  •         Sumbangan beliau dalam dunia kewartawanan juga dihayati melalui anugerah The Malaysian Press Institute :Tokoh Wartawan Negara yang di sampaikan secara posthumous ketika itu oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada Tahun 1998.





5 comments:

  1. What is the first full name of Tun Muhammad Fuad Stephens' wife.

    ReplyDelete
  2. Apa nama penuh pertama isteri Tun Muhammad Fuad Stephens?

    ReplyDelete
  3. Malaya sabotage airplane that Tun Fuad ride for make sure Sabah never exit Malaysia...shame whom are betray Tun, minister and Sabah but i believe Sabah will gain their independent one day

    ReplyDelete