Sunday 4 January 2015

DATUK MAT SALLEH

                       
DISEDIAKAN OLEH: SITI NORLIZA ABD GHANI
                                  07DPM14F2111
                        

                                       DATUK MAT SALLEH






                                    ASSALAMUALAIKUM
                                  Telefon tiada punya pulsa,
                                  Lebih baik dijual sahaja,
                                 Mari tuan saya sampaikan,
                                 Ilmu sejarah zaman berzaman

       Tokoh yang bakal saya ceritakan sebentar lagi merupakan tokoh yang amat dikagumi oleh masyarakat pada hari ini. Ini kerana , Tokoh ini merupakan salah satu tokoh pejuang sabah yang berani untuk mempertahan kan maruah tanah air yang hendak dirampas oleh Masyarakat asing.Dengan berbesar hati, ingin sekali saya menceritakan tokoh yang saya maksudkan itu.

Biodata Tokoh

Nama sebenar :Datu Mat Salleh
Nama Dikenali:MatSalleh
Bangsa :Suku suluk Paitan
Bilangan adik beradik:4
Anak ke:2
Nama Isteri: Dayang Bandang

PERJUANGAN<3

Datu MatSalleh bertanggungjawab untuk untuk mengambil tugas ayahnya, iaitu Datu Balu untuk menjadi ketua kampong di daerah lingkabo dan sungai sugut. Perbelanjaan pentadbiran datu mat salleh adalah daripada hasil dari pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut pada tahun 1894.
Perbuatan matsalleh itu membuatkan menyebabkan inggeris tidak senang dengan dengan tindakan nya.lalu pihak inggeris mengambil tindakan dengan menyerang matsalleh di jombongan serta memusnahkan kubu matsalleh di sungai sugut pada tahun 1896 sehingga 1897.
Datu MatSalleh bernasib naik dapat melepaskan diri. Detik perjuangan itu Datu MatSalleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan julai 1897. Mat salleh dan pengikut pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama MatsSalleh menyerang dan mrmbakar pejabat residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di ambil pada bulan disember 1897, inggeris menyerang kubu MatSalleh di Ranau.mereka tewas dan banyak askar inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.pada bulan januari 1898, inggeris sekali  menyerang kubu MatSalleh di Ranau dengan angkatan yang besar.
                                                                             
MatSalleh sekali lagi berjaya mengundurkan diri dan membina kubu pertahanan yang baru dan lebih kuat di kampong Tibabar Tambunan.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan yang lain-lain di luar kota.jalan rahsia ini juga digunakan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

KEJATUHAN MATSALLEH

Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan Berjaya mematahkan pertahanan Matsalleh. Semenjak itu,kejadian tersebut menandakan bahawa gugurnya tokoh yang kita kagumi sebagai pejuang bangsa..

Lebih menyedihkan lagi, sebuah tugu telah dibina bagi memperingati kota matsalleh tersebut.tugu itu menandakan tapak kubu matsalleh yang telah ditawan oleh pasukan brsenjata north borneo constabulary pada 1 febuari 1900. Dalam masa pertempuran itu matsalleh telah mengetuai pemberontakan selama 6 tahun menentang pentadbiran chartered company dan menemui ajal nya pada 31 january1900.