Saturday 3 January 2015

DATUK MAHARAJALELA MUSA UNGGU.




Disediakan oleh;
Nor Aidah Binti Waili
07DPM14F2115


DATUK MAHARAJALELA MUSA UNGGU




LATAR BELAKANG PAK MUSA

Ø Pahlawan  Sabah  gunakan  perniagaan  satukan masyarakat  lawan  Jepun.  DATUK Maharajalela  Musa  Unggu  atau  lebih  dikenali  Pak Musa  diiktiraf  seorang  daripada pejuang  kemerdekaan  Sabah.Pak Musa atau nama asalnya  Andui Unggu  sebelum memeluk Islam lahir pada tahun 1967 di Kampung Kunsilad,Pitas.  Adui Unggu dibunuh secara kejam askar Jepun pada abad ke-20 kerana ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP PAK MUSA

v Pak Musa memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beufort.

v Memasarkan pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura menyebabkan Jepun menggangapnya satu ancaman kepada mereka.

v Menyatukan masyarkat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan.

v Beliau dan pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis,Paitan untuk membela nasub dan keadilan masyarakat yang tertindas.

v Tidak mudah ditewaskan kerana mempunyai ilmu kebal.

v Masyarakat tempatan di Membakut dapat menerima beliau menjadi pemimpin mereka terutamanya dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan.

v . Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (kini Sabah). Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya


SEJARAH PEMBUNUHAN


ü Cucu saudaranya berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas di Utara Sabah pada 1867, tetapi menjadikan Paitan, Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun. Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908. 

ü Akibat daripada penyerangan beliau bersama pengikutnyamenentang British,menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang Daerah ke Membakut pada 1931 iaiatu selepas beliau menerima tawaran berdamai dan hukuman bunuh diganti kepada hukuman buang Daerah.

ü .Jepun yang menyedari, sukar untuk mengalahkan Pak Musa, menukar strategi dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya. Ini menyebabkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.Jepun menyedari Pak Musa mempunyai ilmu kebal dan berusaha untuk melemahkan pahlawan Sabah itu. 

ü  Akhirnya askar Nippon menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa akan terhakis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Subohria yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata, Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang yang sekali gus peluang itu digunakan oleh askar Nippon untuk memancung kepalanya.

ü  Pak Musa adalah seorang pahlawan yang bukan saja sanggup menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan, tetapi berjuang memajukan ekonomi etnik pribumi yang hidup dalam kemiskinan.






FAKTA: Datuk Maharajalela  Musa Unggu

1.     Pak Musa menerima gelaran Datuk Maharajalela daripada Pangeran Siti Fatimah    iaitu kerabat Sultan Brunei yang ketika itu pemerintah wilayah Karambunai di Pantai Barat Sabah.

2.     Penganugerahan gelaran Datuk Maharajalela adalah penghargaan terhadap perjuangan Pak Musa membela rakyat Borneo Utara (kini Sabah).

3.     Isterinya dikenali sebagai Babu Sairah.

4.     Mengikut Ketua Kampung Bambangan, Membakut, Jabah Amat, 41, antara rakan seperjuangan Pak Musa adalah pejuang berbangsa Bisaya dikenali Marupah, Mat Saman (Brunei) serta Undan dan Mandat (Kadazandusun).

5.     Pak Musa diIslamkan oleh Imam Kampung Brunei, Membakut dikenali Imam Untung.

6.     Pak Musa dikatakan dikebumikan di satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

7.     Nama Pak Musa tiada dalam senarai 324 rakyat Sabah yang dihukum bunuh secara kejam di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 yang kini diabadikan menerusi Taman Peringatan Petagas.

Nama Pak Musa diabadikan menerusi Dewan Masyarakat Pak Musa di Pekan  Beufort.



1 comment:

  1. btul ka tu dri mna kmu jmpa tu fakta yg dia meninggal

    ReplyDelete